TENTANG KAMI

MIH Goat Farm beroperasi di bawah MIH Resources & Trading (JR0065056-T) merupakan perniagaan 100% milik usahawan bumiputera yang telah berkecimpung dalam bidang penternakan selama 5 tahun.

Kami mempunyai ladang ternakan yang terletak di Pagoh, Johor dan membekalkan kambing untuk ternakan dan tujuan ibadah. Selain itu, kami juga membekalkan pelbagai barangan keperluan dan makanan ternakan.

Untuk update terkini:
Sila layari fb kami MIH GOAT FARM

Untuk info lanjut boleh hubungi:
Emel: mih.resourcestrading@gmail.com
Pengurus: 010 4144898 En. Md Isa

Saturday, 4 March 2017

Susu Gantian Anak Kambing

Entri kali ni kita cerita sikit pasal susu gantian untuk anak kambing. Ada beberapa sebab kenapa anak kambing perlu diberi susu gantian dengan botol:
1) ibu kambing mati ketika melahirkan anak (Adoi ni memang sedih. Rugi wooo...)
2) ibu kambing tak nak menyusukan anak (ni jarang2 berlaku la)
3) ibu kambing beranak lebih dari 2 ekor (puting susu ibu ada dua je, kalau anak lebih dari 2 mungkin ada yang akan mati sebab kalah bila bersaing untuk menyusu)

Jadi, cara penyelesaian yang mudah ialah dengan berikan susu gantian botol. Kalau ada bajet lebih, boleh la beli susu formula. Nak beli boleh contact kitorang ye Kalau nak jimat kos (mesti la nak kan hahaha) boleh bancuh sendiri susu untuk kambing.

Ada macam-macam petua yang penternak-penternak amalkan untuk formula susu anak kambing. Kat sini saya kongsikan formula dari pengalaman kawan-kawan.

FORMULA SUSU
1 liter air suam (2 botol air mineral kecil)
2 kuning telur (saiz B atau C)
1 sudu madu
100g susu tepung (apa2 jenama susu budak perisa biasa pun boleh: dutch lady, everyday, nespray. jangan pulak beli perisa coklat)

Bancuhkan susu ikut resepi kat atas, masukkan dalam botol & boleh berikan kat anak kambing. Boleh guna susu botol susu baby yang ada jual kat pasaraya atau puting susu kambing macam dalam gambar kat bawah ni. Puting ni beli RM12 je (kami ada jual hehehe) & boleh pasangkan kat apa2 botol mineral. Kelebihan puting susu ni getahnya lebih liat berbanding puting susu baby. Jadi tahan lebih lama la.



Puting susu boleh pasangkan pada mana2 botol mineral

Untuk anak kambing baru lahir, boleh mula dgn 2-3oz (60-90ml) kasi 4 kali sehari. Lepas seminggu boleh tambah jadi 4-5 oz (120-150 ml). Bila anak kambing dah sebulan, tambah jadi 7-9oz (210-270ml) & boleh mula kasi makan hijau-hijauan atau dedak.

Kalau anak kambing seekor dua boleh la dok mengadap bagi botol kat diorang. Tapi kalau sekali beranak 6 ekor anak macam mana? Fuh kes yang jarang berlaku tapi ada je. Jenuh juga nak layankan susu botol 6 ekor anak kambing, banyak masa habis kat situ je. Lagi2 la kalau penternak sambilan, mana ada masa. Kalau macam itu, boleh cuba gambar contoh di bawah. Buat sendiri rak untuk letak botol susu. Ikut kreativiti masing-masing nak buat macam mana la kan.



Bila kasi anak kambing susu gantian dgn botol, paling penting kena berjaga-jaga jangan sampai anak kambing berak cair/cirit birit. Tu maknanya susu tu tak sesuai untuk anak kambing. Cuba adjust resepi tu, kurangkan susu tepung atau kuning telur. Kalau anak kambing kena cirit birit risiko mati tu tinggi sebab dehydrated (kurang air dlm badan).

Resepi yang saya kongsikan tu boleh la cuba, tapi atas risiko sendiri ye. Saya tak jamin sesuai untuk semua. Kalau rasa ragu-ragu, lebih baik contact dgn doktor veterinar dari JPV untuk khidmat nasihat. Free je, takde caj apa-apa pun.

Ok, tu saja perkongsian untuk kali ni. Ingat, penternakan adalah perniagaan. Selamat maju jaya!





Umur Kambing/Biri Biri

Jangka hayat kambing/biri-biri biasanya purata 11-12 tahun, tapi ada juga yang menjangkaui 16 tahun. Tapi macam mana nak tahu umur kambing/biri-biri?

Senang je. Tengok pada gigi diorang. Anak kambing memang dilahirkan dengan gigi susu, tak macam manusia. Gigi diorang akan mula tanggal & ganti dgn gigi kekal bila umur mencecah 1 tahun. Penerangan lanjut ada kat setiap gambar bawah.



Gigi susu anak kambing



2 gigi kekal - umur 2 tahun



4 gigi kekal - umur 3 tahun


6 gigi kekal - umur 4 tahun

Gigi kekal penuh - 5 tahun ke atas


Lebih kurang macam tu la nak anggarkan umur kambing. Bila nak jual/beli kambing untuk tujuan aqiqah/qurban, boleh la gunakan cara ni. Tak susah pun nak buat. Kena dapat tangkap kambing, pegang & lock kepala dia elok2 & selak sikit bibir atas dia. Jangan risau, kambing takkan gigit punye. Dia tak makan orang hahahaha.

Sekian saja perkongsian untuk kali ni. Harap dapat membantu penternak2 & pembeli2 di luar sana. Wassalam.

Tuesday, 21 February 2017

KINI DIBUKA - Kedai Menjual Barangan Ternakan dan Haiwan Peliharaan

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua!

Alhamdulillah. Kini MIH Resources & Trading dah maju setapak lagi dengan pembukaan kedai sendiri di Bukit Pasir, Muar. Warga penternak boleh dapatkan stok dedak & barangan keperluan ternakan di sini dengan harga yang berpatutan.





















Warga penternak sekitar Muar/Pagoh jemput lah singgah ye. Senarai harga barangan yang dijual boleh rujuk kat FB Page: MIH GOAT FARM. Promote2 la sekali kedai kami ni, support bisnes bumiputera. Terima kasih! 


Sekitar MAHA 2016 - Lantai Plastik Kandang Kambing

Assalamualaikum. Lama juga tak update kat blog ni. Al-maklum la masa terhad, terkejar ke sana ke sini sampai blog ni pun dah berhabuk. Mukadimah tak nak panjang-panjang, terus masuk je ke topik kita.

Disember lepas kami berkesempatan untuk menyertai pameran MAHA 2016 yang diadakan di MAEPS Serdang pada 2-10 Disember 2016 atas jemputan geng GTR. Jadi, kami tak lepaskan peluang ni untuk memperkenalkan LANTAI KAMBING MODEN kepada semua pengunjung yang hadir pada pameran tersebut.

Tujuan kami sertai MAHA 2016 pun bukan sebab nak untung pun, kalau ikutkan memang takde buat jualan langsung pun. Kami sertai MAHA dengan niat untuk buat AWARENESS kepada penternak-penternak di luar sana alternatif terbaik untuk lantai kandang kambing.

Semua pun tahu kan harga kayu sekarang pun boleh tahan kan. Kalau nak dibandingkan dengan kos lantai plastik ni memang tak jauh beza pun. Dah alang2 tak jauh beza, baik buat terus dengan lantai plastik ni kan. Kos lebih kurang dengan kayu tapi jangka hayat dua kali ganda lagi panjang dari kayu. Kalau guna kayu lepas 5 tahun mesti lantai dah mula rosak atau reput. Lantai plastik ada 10 tahun jaminan dari kilang, memang tahan lasak & tak reput walau kena hujan & berpanas. Kalau penjagaan betul, lantai plastik boleh tahan sampai 20 tahun. Kan berbaloi tu.

Ramai dah tengok & cuba sendiri kualiti lantai kambing moden ni dan rata2 semua setuju yang lantai ni memang berbaloi untuk jangka masa panjang. Tinggal nak cari modal je nak upgrade lantai. Hahahaha.

Jom tengok gambar-gambar sekitar MAHA 2016 yang lepas.

























Sekian sahaja coretan kali ni. Kalau berminat nak order lantai plastik kandang kambing boleh hubungi nombor yang tertera kat tepi kanan blog ni ye. Nak bertanya saja pun boleh, free je takde caj apa-apa. Jangan malu jangan segan.