TENTANG KAMI

MIH Goat Farm beroperasi di bawah MIH Resources & Trading (JR0065056-T) merupakan perniagaan 100% milik usahawan bumiputera yang telah berkecimpung dalam bidang penternakan selama 5 tahun.

Kami mempunyai ladang ternakan yang terletak di Pagoh, Johor dan membekalkan kambing untuk ternakan dan tujuan ibadah. Selain itu, kami juga membekalkan pelbagai barangan keperluan dan makanan ternakan.

Untuk update terkini:
Sila layari fb kami MIH GOAT FARM

Untuk info lanjut boleh hubungi:
Emel: mih.resourcestrading@gmail.com
Pengurus: 010 4144898 En. Md Isa
Showing posts with label anak kambing. Show all posts
Showing posts with label anak kambing. Show all posts

Saturday, 4 March 2017

Susu Gantian Anak Kambing

Entri kali ni kita cerita sikit pasal susu gantian untuk anak kambing. Ada beberapa sebab kenapa anak kambing perlu diberi susu gantian dengan botol:
1) ibu kambing mati ketika melahirkan anak (Adoi ni memang sedih. Rugi wooo...)
2) ibu kambing tak nak menyusukan anak (ni jarang2 berlaku la)
3) ibu kambing beranak lebih dari 2 ekor (puting susu ibu ada dua je, kalau anak lebih dari 2 mungkin ada yang akan mati sebab kalah bila bersaing untuk menyusu)

Jadi, cara penyelesaian yang mudah ialah dengan berikan susu gantian botol. Kalau ada bajet lebih, boleh la beli susu formula. Nak beli boleh contact kitorang ye Kalau nak jimat kos (mesti la nak kan hahaha) boleh bancuh sendiri susu untuk kambing.

Ada macam-macam petua yang penternak-penternak amalkan untuk formula susu anak kambing. Kat sini saya kongsikan formula dari pengalaman kawan-kawan.

FORMULA SUSU
1 liter air suam (2 botol air mineral kecil)
2 kuning telur (saiz B atau C)
1 sudu madu
100g susu tepung (apa2 jenama susu budak perisa biasa pun boleh: dutch lady, everyday, nespray. jangan pulak beli perisa coklat)

Bancuhkan susu ikut resepi kat atas, masukkan dalam botol & boleh berikan kat anak kambing. Boleh guna susu botol susu baby yang ada jual kat pasaraya atau puting susu kambing macam dalam gambar kat bawah ni. Puting ni beli RM12 je (kami ada jual hehehe) & boleh pasangkan kat apa2 botol mineral. Kelebihan puting susu ni getahnya lebih liat berbanding puting susu baby. Jadi tahan lebih lama la.



Puting susu boleh pasangkan pada mana2 botol mineral

Untuk anak kambing baru lahir, boleh mula dgn 2-3oz (60-90ml) kasi 4 kali sehari. Lepas seminggu boleh tambah jadi 4-5 oz (120-150 ml). Bila anak kambing dah sebulan, tambah jadi 7-9oz (210-270ml) & boleh mula kasi makan hijau-hijauan atau dedak.

Kalau anak kambing seekor dua boleh la dok mengadap bagi botol kat diorang. Tapi kalau sekali beranak 6 ekor anak macam mana? Fuh kes yang jarang berlaku tapi ada je. Jenuh juga nak layankan susu botol 6 ekor anak kambing, banyak masa habis kat situ je. Lagi2 la kalau penternak sambilan, mana ada masa. Kalau macam itu, boleh cuba gambar contoh di bawah. Buat sendiri rak untuk letak botol susu. Ikut kreativiti masing-masing nak buat macam mana la kan.



Bila kasi anak kambing susu gantian dgn botol, paling penting kena berjaga-jaga jangan sampai anak kambing berak cair/cirit birit. Tu maknanya susu tu tak sesuai untuk anak kambing. Cuba adjust resepi tu, kurangkan susu tepung atau kuning telur. Kalau anak kambing kena cirit birit risiko mati tu tinggi sebab dehydrated (kurang air dlm badan).

Resepi yang saya kongsikan tu boleh la cuba, tapi atas risiko sendiri ye. Saya tak jamin sesuai untuk semua. Kalau rasa ragu-ragu, lebih baik contact dgn doktor veterinar dari JPV untuk khidmat nasihat. Free je, takde caj apa-apa pun.

Ok, tu saja perkongsian untuk kali ni. Ingat, penternakan adalah perniagaan. Selamat maju jaya!





Monday, 18 April 2016

Kambing Sudah Dijual

Alhamdulillah dah selesai urusan pagi tadi. 5 ekor kambing jantan telah dibeli oleh En. Shakdan dari Shah Alam.







Penternakan adalah perniagaan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Berminat untuk membuat tempahan? Boleh hubungi 010 4144898 (sms/whatsapp sahaja)
Emel kami di mih.resourcestrading@gmail.com untuk maklumat lanjut.
Anda juga boleh lawati and like FB kami di sini: MIH Goat Farm

Tuesday, 5 April 2016

Kambing Jantan Untuk Dijual

[UPDATE 17 APRIL 2016] Jualan telah ditutup. Terima kasih.

********************************************************

5 ekor kambing jantan dibuka untuk jualan.

Baka: kacuk boer/jamnapari
Umur: 4 bulan ke atas
Harga: bermula dari RM450 (bergantung kepada saiz dan umur)

Butiran ada pada setiap gambar.
Boleh borong semua atau beli secara berasingan. Harga boleh dirunding. Untuk info lanjut boleh terus whatsapp ke 010 4144898 (Mamat).

RM600
Umur: 7 bulan+



2 ekor untuk dijual
RM450 seekor
Umur: 4 bulan+



RM550
Umur: 7 bulan+



RM600
Umur: 7 bulan+


Berminat untuk membuat tempahan? Boleh hubungi 010 4144898 (sms/whatsapp sahaja)
Emel kami di mdisa.hashim79@gmail.com untuk maklumat lanjut.
Anda juga boleh lawati and like FB kami di sini: MIH Goat Farm


Friday, 25 March 2016

Kambing Jantan Untuk Dijual

[UPDATE 1 APRIL 2016] Jualan telah ditutup. Terima kasih.

********************************************************

3 ekor kambing jantan dan 3 ekor betina untuk dijual.

Baka: kacuk boer/jamnapari
Umur: 10 bulan ke atas
Harga: bermula dari RM550 (bergantung kepada saiz dan umur)

Untuk info lanjut boleh terus whatsapp ke 010 4144898 (Mamat)






Berminat untuk membuat tempahan? Boleh hubungi 010 4144898 (sms/whatsapp sahaja)
Emel kami di mdisa.hashim79@gmail.com untuk maklumat lanjut.
Anda juga boleh lawati and like FB kami di sini: MIH Goat Farm



Thursday, 16 April 2015

Tambah Kambing Lagi

Assalamualaikum semua!

Bunyi macam teruja je kan. Memang la teruja sebab baru-baru ni saya dah tambah lagi 4 ekor kambing, 2 betina & 2 jantan. Jadi jumlah kambing yang ada di kandang sekarang ada 11 ekor.

Kambing tu dibeli oleh bapa mertua saya dari kawan beliau, Capt Jerry yang mempunyai kandang di kaki Gunung Ledang, Tangkak. Cantik suasana sekitar kandang dia, udara pun segar sebab agak jauh dari pekan. Nanti saya tulis entri lain khusus pasal kandang beliau ye.

Bapa mertua dahm amanahkan saya untuk menjaga kambing-kambingnya. Hasilnya nanti akan dibahagi sama rata antara kami insya Allah.

Bila dah bertambah bilangan kambing, kena la ubah suai sikit kandang supaya semua kambing dapat tidur selesa kan. Kena pula seekor kambing jantan baru tu asyik nak beradu dengan kambing jantan tunggal saya, habis kopak pintu kandang saya. Pening juga masa tu. Alhamdulillah lepas ubah suai, kedua-dua kambing jantan masing-masing ada ruang sendiri, kurang sikit la nak bertanduk sesama sendiri.

Gambar belum sempat ambil lagi sebab sibuk dengan kerja kan. Balik kerja dah lewat petangterus mengadap kambing. Nanti bila dah ada gambar saya update kat sini ye.

Sekian saja entri untuk kali ni. 
Wassalam.

Tuesday, 17 March 2015