TENTANG KAMI

MIH Goat Farm beroperasi di bawah MIH Resources & Trading (JR0065056-T) merupakan perniagaan 100% milik usahawan bumiputera yang telah berkecimpung dalam bidang penternakan selama 5 tahun.

Kami mempunyai ladang ternakan yang terletak di Pagoh, Johor dan membekalkan kambing untuk ternakan dan tujuan ibadah. Selain itu, kami juga membekalkan pelbagai barangan keperluan dan makanan ternakan.

Untuk update terkini:
Sila layari fb kami MIH GOAT FARM

Untuk info lanjut boleh hubungi:
Emel: mih.resourcestrading@gmail.com
Pengurus: 010 4144898 En. Md Isa

Saturday 4 March 2017

Susu Gantian Anak Kambing

Entri kali ni kita cerita sikit pasal susu gantian untuk anak kambing. Ada beberapa sebab kenapa anak kambing perlu diberi susu gantian dengan botol:
1) ibu kambing mati ketika melahirkan anak (Adoi ni memang sedih. Rugi wooo...)
2) ibu kambing tak nak menyusukan anak (ni jarang2 berlaku la)
3) ibu kambing beranak lebih dari 2 ekor (puting susu ibu ada dua je, kalau anak lebih dari 2 mungkin ada yang akan mati sebab kalah bila bersaing untuk menyusu)

Jadi, cara penyelesaian yang mudah ialah dengan berikan susu gantian botol. Kalau ada bajet lebih, boleh la beli susu formula. Nak beli boleh contact kitorang ye Kalau nak jimat kos (mesti la nak kan hahaha) boleh bancuh sendiri susu untuk kambing.

Ada macam-macam petua yang penternak-penternak amalkan untuk formula susu anak kambing. Kat sini saya kongsikan formula dari pengalaman kawan-kawan.

FORMULA SUSU
1 liter air suam (2 botol air mineral kecil)
2 kuning telur (saiz B atau C)
1 sudu madu
100g susu tepung (apa2 jenama susu budak perisa biasa pun boleh: dutch lady, everyday, nespray. jangan pulak beli perisa coklat)

Bancuhkan susu ikut resepi kat atas, masukkan dalam botol & boleh berikan kat anak kambing. Boleh guna susu botol susu baby yang ada jual kat pasaraya atau puting susu kambing macam dalam gambar kat bawah ni. Puting ni beli RM12 je (kami ada jual hehehe) & boleh pasangkan kat apa2 botol mineral. Kelebihan puting susu ni getahnya lebih liat berbanding puting susu baby. Jadi tahan lebih lama la.



Puting susu boleh pasangkan pada mana2 botol mineral

Untuk anak kambing baru lahir, boleh mula dgn 2-3oz (60-90ml) kasi 4 kali sehari. Lepas seminggu boleh tambah jadi 4-5 oz (120-150 ml). Bila anak kambing dah sebulan, tambah jadi 7-9oz (210-270ml) & boleh mula kasi makan hijau-hijauan atau dedak.

Kalau anak kambing seekor dua boleh la dok mengadap bagi botol kat diorang. Tapi kalau sekali beranak 6 ekor anak macam mana? Fuh kes yang jarang berlaku tapi ada je. Jenuh juga nak layankan susu botol 6 ekor anak kambing, banyak masa habis kat situ je. Lagi2 la kalau penternak sambilan, mana ada masa. Kalau macam itu, boleh cuba gambar contoh di bawah. Buat sendiri rak untuk letak botol susu. Ikut kreativiti masing-masing nak buat macam mana la kan.



Bila kasi anak kambing susu gantian dgn botol, paling penting kena berjaga-jaga jangan sampai anak kambing berak cair/cirit birit. Tu maknanya susu tu tak sesuai untuk anak kambing. Cuba adjust resepi tu, kurangkan susu tepung atau kuning telur. Kalau anak kambing kena cirit birit risiko mati tu tinggi sebab dehydrated (kurang air dlm badan).

Resepi yang saya kongsikan tu boleh la cuba, tapi atas risiko sendiri ye. Saya tak jamin sesuai untuk semua. Kalau rasa ragu-ragu, lebih baik contact dgn doktor veterinar dari JPV untuk khidmat nasihat. Free je, takde caj apa-apa pun.

Ok, tu saja perkongsian untuk kali ni. Ingat, penternakan adalah perniagaan. Selamat maju jaya!





17 comments:

  1. Utk puting ni klu nk order n than pos cemane ehh??boleh x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dibeli dikedai jual barang makanan ternakan ..kat peladang ke ..

      Delete
  2. Puting susu ini kalau order berapa..

    ReplyDelete
  3. Nk oder puting susu mcm mana ye ...

    ReplyDelete
  4. Salam.. sy nak beli puting tu 2. Ada stok x? Sy dah call banyak kali no fon yg pihak tuan beri, tp tiada jawapan..

    ReplyDelete
  5. pm nak puting susu kambing

    ReplyDelete
  6. Pm Nak Beli puting susu
    0179203011

    ReplyDelete
  7. en boleh sy dapt kn susu gantian tu

    ReplyDelete
  8. Saya Nok beli putting susu brpa harga pm saya 01111955067..

    ReplyDelete
  9. Mcm mana nk oder.. Pm sy 0195196784

    ReplyDelete
  10. Mcm mana nk oder.. Pm sy 0195196784

    ReplyDelete
  11. Kalau bancuh susu tu.. Agak2 brapa jam susu tu blh tahan? Sb ank kmbing sy dua ekor je.. Sy bt bncuhan ikut yg encik bg.. Jd ada byk lbh. Blh simpan lama ke

    ReplyDelete
  12. Kalau bancuh susu tu.. Agak2 brapa jam susu tu blh tahan? Sb ank kmbing sy dua ekor je.. Sy bt bncuhan ikut yg encik bg.. Jd ada byk lbh. Blh simpan lama ke

    ReplyDelete
  13. Ad jual lg x puting susu tu..sy urgent nk gune..sbb mak kambing xsihat..anak kambing dh kurus...

    ReplyDelete