TENTANG KAMI

MIH Goat Farm beroperasi di bawah MIH Resources & Trading (JR0065056-T) merupakan perniagaan 100% milik usahawan bumiputera yang telah berkecimpung dalam bidang penternakan selama 5 tahun.

Kami mempunyai ladang ternakan yang terletak di Pagoh, Johor dan membekalkan kambing untuk ternakan dan tujuan ibadah. Selain itu, kami juga membekalkan pelbagai barangan keperluan dan makanan ternakan.

Untuk update terkini:
Sila layari fb kami MIH GOAT FARM

Untuk info lanjut boleh hubungi:
Emel: mih.resourcestrading@gmail.com
Pengurus: 010 4144898 En. Md Isa

Thursday 16 March 2017

Penyakit Cacing Pada Kambing

Assalamualaikum. Kali ni nak share post pasal penyakit yang paling biasa kena pada kambing - 
PENYAKIT CACING


KAMBING SAYA MAKAN MACAM BIASA TAPI KENAPA KURUS SANGAT?
Ni adalah antara masalah paling biasa dialami oleh penternak kambing. Bila kambing makan seperti biasa tapi badan kurus sangat, kemungkinan besar kambing tersebut mengalami PENYAKIT CACING. Penyakit ini kalau tak dirawat segera boleh menyebabkan kematian pada kambing.

APA PUNCA PENYAKIT CACING?
Kecacingan biasanya merebak ketika kambing memakan rumput atau minum air yang telah dicemari dengan telur cacing. Cacing boleh hidup dan membiak di dalam perut kambing (bahagian rumen) dan usus. Kambing akan menjadi terlalu kurus apabila terlalu banyak cacing yang menghisap nutrien dan darah dalam tubuh. Sekiranya tidak dirawat, kambing boleh mati kerana anemia (kekurangan darah) atau malnutrisi (kekurangan zat).

CIRI-CIRI KAMBING YANG DIJANGKITI PENYAKIT CACING?
- kurus walaupun banyak makan
- gusi dan bawah mata pucat (kekurangan darah)
- bawah rahang kelihatan bengkak
- bulu kusam, serabut & tidak kemas
- susah berak pada awalnya dan diikuti cirit birit berterusan
- lemah dan lesu, selalu terbaring daripada berdiri

Gusi pucat - kelihatan keputihan

Gusi kambing sihat - warna pink



Bawah mata kelihatan keputihan

Bawah mata kambing sihat - warna pink



Bawah rahang kelihatan bengkak

Rahang kambing sihat



CARA MERAWAT KONVENSIONAL
1) Berikan ubat cacing. Ada 2 pilihan ubat cacing - secara injek atau oral. Pilih salah satu saja.
DECTOMAX - ubat suntikan
1ml utk setiap berat 50kg diberkan secara intramuscular (suntikan otot) atau suntik bawah kulit. Sesuai diberikan untuk kambing bunting. Ulang semula selepas 10 hari sekiranya kambing belum pulih. PERINGATAN: ternakan tak boleh disembelih dalam tempoh 35 hari selepas disuntik
ALBEN - ubat oral
1ml untuk setiap berat 10kg diberi minum menggunakan picagari. Ulang semula selepas 10 hari sekiranya kambing belum pulih. PERINGATANPERINGATAN: ternakan tak boleh disembelih dalam tempoh 28 hari selepas disuntik
2) Selepas kambing dah pulih, berikan ubat multivitamin FERCOBSANG pula. Ubat ni juga mengandungi zat besi untuk tambah darah dan vitamin B12 untuk menambah selera makan. Berikan 5ml untuk kambing dewasa dan 1-2ml untuk anak kambing. Boleh diberikan secara intramuscular (suntikan otot) atau oral.


CARA MERAWAT TRADISIONAL
Ni petua yang dikongsi oleh rakan penternak dari Indonesia. Ambil 2-3 helai daun betik (tak terlalu muda/tua). Blend daun betik dengan sedikit air dan selepas itu tapis air tersebut untuk asingkan hampas daun. Ambil air sahaja dan diberi minum 2-3 sudu pada kambing. Berikan seminggu sekali & ulang sehingga 3 minggu.


LANGKAH PENCEGAHAN
Untuk mengelakkan kambing dijangkiti semula, boleh amalkan langkah-langkah berikut:
1) Kambing dilepaskan untuk meragut jam 11 pagi dan ke atas (bila matahari dah naik)
2) Kalau kambing diberi makan atas kandang, pastilkan rumput/dedaun diramban setelah matahari naik.
3) Cuci kandang dan bekas makanan & minuman dengan pembasmi kuman seperti lindores atau dettol
4) Asingkan kambing yang dijangkiti penyakit cacing dari kambing yang sihat

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ni. Kalau rasa bermanfaat silakan share atau tag kawan-kawan penternak untuk berkongsi info. Wassalam.





PAKEJ UBAT CACING DECTOMAX + MULTIVITAMIN FERCOBSANG 12
Harga termasuk pos --->
Semenanjung RM140
Sabah/Sarawak RM145
PERCUMA 1 picagari 10cc & 5 batang jarum 21G!

Untuk order taip "PAKEJ UBAT" ke 011 3595 5453
Untuk order taip "PAKEJ UBAT" ke 011 3595 5453
Untuk order taip "PAKEJ UBAT" ke 011 3595 5453

No comments:

Post a Comment