TENTANG KAMI

MIH Goat Farm beroperasi di bawah MIH Resources & Trading (JR0065056-T) merupakan perniagaan 100% milik usahawan bumiputera yang telah berkecimpung dalam bidang penternakan selama 5 tahun.

Kami mempunyai ladang ternakan yang terletak di Pagoh, Johor dan membekalkan kambing untuk ternakan dan tujuan ibadah. Selain itu, kami juga membekalkan pelbagai barangan keperluan dan makanan ternakan.

Untuk update terkini:
Sila layari fb kami MIH GOAT FARM

Untuk info lanjut boleh hubungi:
Emel: mih.resourcestrading@gmail.com
Pengurus: 010 4144898 En. Md Isa
Showing posts with label ubat ternakan. Show all posts
Showing posts with label ubat ternakan. Show all posts

Thursday, 16 March 2017

Penyakit Cacing Pada Kambing

Assalamualaikum. Kali ni nak share post pasal penyakit yang paling biasa kena pada kambing - 
PENYAKIT CACING


KAMBING SAYA MAKAN MACAM BIASA TAPI KENAPA KURUS SANGAT?
Ni adalah antara masalah paling biasa dialami oleh penternak kambing. Bila kambing makan seperti biasa tapi badan kurus sangat, kemungkinan besar kambing tersebut mengalami PENYAKIT CACING. Penyakit ini kalau tak dirawat segera boleh menyebabkan kematian pada kambing.

APA PUNCA PENYAKIT CACING?
Kecacingan biasanya merebak ketika kambing memakan rumput atau minum air yang telah dicemari dengan telur cacing. Cacing boleh hidup dan membiak di dalam perut kambing (bahagian rumen) dan usus. Kambing akan menjadi terlalu kurus apabila terlalu banyak cacing yang menghisap nutrien dan darah dalam tubuh. Sekiranya tidak dirawat, kambing boleh mati kerana anemia (kekurangan darah) atau malnutrisi (kekurangan zat).

CIRI-CIRI KAMBING YANG DIJANGKITI PENYAKIT CACING?
- kurus walaupun banyak makan
- gusi dan bawah mata pucat (kekurangan darah)
- bawah rahang kelihatan bengkak
- bulu kusam, serabut & tidak kemas
- susah berak pada awalnya dan diikuti cirit birit berterusan
- lemah dan lesu, selalu terbaring daripada berdiri

Gusi pucat - kelihatan keputihan

Gusi kambing sihat - warna pink



Bawah mata kelihatan keputihan

Bawah mata kambing sihat - warna pink



Bawah rahang kelihatan bengkak

Rahang kambing sihat



CARA MERAWAT KONVENSIONAL
1) Berikan ubat cacing. Ada 2 pilihan ubat cacing - secara injek atau oral. Pilih salah satu saja.
DECTOMAX - ubat suntikan
1ml utk setiap berat 50kg diberkan secara intramuscular (suntikan otot) atau suntik bawah kulit. Sesuai diberikan untuk kambing bunting. Ulang semula selepas 10 hari sekiranya kambing belum pulih. PERINGATAN: ternakan tak boleh disembelih dalam tempoh 35 hari selepas disuntik
ALBEN - ubat oral
1ml untuk setiap berat 10kg diberi minum menggunakan picagari. Ulang semula selepas 10 hari sekiranya kambing belum pulih. PERINGATANPERINGATAN: ternakan tak boleh disembelih dalam tempoh 28 hari selepas disuntik
2) Selepas kambing dah pulih, berikan ubat multivitamin FERCOBSANG pula. Ubat ni juga mengandungi zat besi untuk tambah darah dan vitamin B12 untuk menambah selera makan. Berikan 5ml untuk kambing dewasa dan 1-2ml untuk anak kambing. Boleh diberikan secara intramuscular (suntikan otot) atau oral.


CARA MERAWAT TRADISIONAL
Ni petua yang dikongsi oleh rakan penternak dari Indonesia. Ambil 2-3 helai daun betik (tak terlalu muda/tua). Blend daun betik dengan sedikit air dan selepas itu tapis air tersebut untuk asingkan hampas daun. Ambil air sahaja dan diberi minum 2-3 sudu pada kambing. Berikan seminggu sekali & ulang sehingga 3 minggu.


LANGKAH PENCEGAHAN
Untuk mengelakkan kambing dijangkiti semula, boleh amalkan langkah-langkah berikut:
1) Kambing dilepaskan untuk meragut jam 11 pagi dan ke atas (bila matahari dah naik)
2) Kalau kambing diberi makan atas kandang, pastilkan rumput/dedaun diramban setelah matahari naik.
3) Cuci kandang dan bekas makanan & minuman dengan pembasmi kuman seperti lindores atau dettol
4) Asingkan kambing yang dijangkiti penyakit cacing dari kambing yang sihat

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ni. Kalau rasa bermanfaat silakan share atau tag kawan-kawan penternak untuk berkongsi info. Wassalam.





PAKEJ UBAT CACING DECTOMAX + MULTIVITAMIN FERCOBSANG 12
Harga termasuk pos --->
Semenanjung RM140
Sabah/Sarawak RM145
PERCUMA 1 picagari 10cc & 5 batang jarum 21G!

Untuk order taip "PAKEJ UBAT" ke 011 3595 5453
Untuk order taip "PAKEJ UBAT" ke 011 3595 5453
Untuk order taip "PAKEJ UBAT" ke 011 3595 5453

Thursday, 24 March 2016

Barangan Keperluan Ternakan

Berikut adalah senarai barangan keperluan ternakan. Sila baca syarat dan terma dahulu sebelum membuat pesanan.

SYARAT & TERMA:
  1. Perkhidmatan COD percuma hanya disediakan untuk sekitar kawasan Pagoh/Muar sahaja. Caj penghantaran dikenakan untuk luar kawasan mengikut jarak lokasi.
  2. Penghantaran melalui pos disediakan ke seluruh Malaysia untuk barangan dengan berat 2kg ke bawah sahaja.
  3. Pemulangan wang akan dilakukan ke atas pesanan barangan yang telah habis stok.
  4. Harga tidak termasuk kos penghantaran
  5. Minimum cas poslaju : RM7 Semenanjung dan RM12 Sabah/Sarawak (bergantung kepada berat barang)
  6. Pembayaran hanya diterima melalui Maybank dan CIMB sahaja.
  7. Penghantaran akan dibuatkan selepas pembayaran penuh diterima.

UNTUK MEMBUAT PESANAN, SILA SMS/WHATSAPP TERUS KE 013 3300831.


(1) Jarum suntikan kambing
Jenama: Terumo
Saiz: 21G x 1 inci
Harga: 30 sen sebatang (min pembelian 10 batang)
Borong 1 kotak (100 batang) RM25 saja!


(2)Picagari
Saiz: 5cc/5ml
Harga: 90 sen sebatang (min pembelian 10 batang)



(3) Alat tindik telinga
Jenama: Allflex
Produk: Allflex Universal Appicator
Harga: RM160


Video Tutorial Cara Menggunakan Alat Tindik Telingan Allflex





(4) Mineral Blok
Jenama: Rockies
Produk: Yellow Mineralised Salt Licks 5kg
Harga: RM25
Borong 1 kotak (4 ketul) RM80 saja!



(5) Woundsarex
Produk: Woundsarex Spray 370ml
Harga: RM38



(6) Garam Jilat
Harga: RM3.50 per kg


Berminat untuk membuat pesanan? Boleh hubungi 013 3300 831 (sms/whatsapp sahaja)
Emel kami di mdisa.hashim79@gmail.com untuk maklumat lanjut.
Anda juga boleh lawati and like FB kami di sini: MIH Goat Farm