TENTANG KAMI

MIH Goat Farm beroperasi di bawah MIH Resources & Trading (JR0065056-T) merupakan perniagaan 100% milik usahawan bumiputera yang telah berkecimpung dalam bidang penternakan selama 5 tahun.

Kami mempunyai ladang ternakan yang terletak di Pagoh, Johor dan membekalkan kambing untuk ternakan dan tujuan ibadah. Selain itu, kami juga membekalkan pelbagai barangan keperluan dan makanan ternakan.

Untuk update terkini:
Sila layari fb kami MIH GOAT FARM

Untuk info lanjut boleh hubungi:
Emel: mih.resourcestrading@gmail.com
Pengurus: 010 4144898 En. Md Isa

Thursday 16 April 2015

Record Keeping

Assalamualaikum semua!

Baru-baru ni saya dah mula buat rekod untuk catatkan perkembangan kambing-kambing saya. Antaranya:
- Inventori Kambing
- Rekod Kesihatan
- Rekod Jualan
- Rekod Kematian
- Inventori Makanan & Ubat
- Rekod Anak Kambing
- Rekod Pencapaian Individu (Jantan & Betina)










Walaupun kambing cuma ada 11 ekor je, tapi saya nak mula praktikkan amalan ni dari awal untuk biasakan dengan pengurusan kambing yang lebih cekap. Bila dah biasa, nanti kambing dah berjuta-juta lemon pun tadehal nak buat rekod kan hehehehe.

Rekod ni dibuat mengikut kajian & survey kat Google dari penternak-penternak kambing lain. Jadi rekod-rekod ni masih dalam fasa trial & error lagi. Akan datang mungkin perlu dikemas kini atau diperbaiki mengikut keperluan semasa. Kita tengok dulu macam mana ye.

Saya kongsikan untuk rujukan penternak-penternak lain juga. Sebarang komen & ulasan dialu-alukan ye. Sama-sama kita kongsi ilmu untuk memajukan diri & perniagaan.

Sekian saja entri untuk kali ni. Wassalam.

No comments:

Post a Comment